;

Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Subjek : Pendidikan Islam
Tarikh  : 21 Oktober 2010
Masa   : 1.45 p.m - 3.45 p.m
Kelas   : Tingkatan 1 dan 2 sahaja

Semoga kejayaan sentiasa mengiringi hidup anda.

Dari : Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Sandakan 2010

Exam Pendidikan Islam PMR 2010

Matapelajaran : PENDIDIKAN ISLAM
Masa              : 2.30 p.m - 4.30 p.m
Kod Kertas    : 45/1

Semoga berjaya to all student PMR SMK Sandakan

Selamat Menduduki PMR 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Program Solat Hajat dan Bacaan Yasiin Sempena PMR 2010

Tarikh    : 22 Syawal 1431 H bersamaan 1 Oktober 2010
Tempat  : Surau Ibnu Abbas
Masa     : 2.00 petang
Sasaran  : Semua pelajar yang menduduki peperiksaan 2010
Jemputan khas : Ust. Mulyadi bin Kasimin ( Imam Masjid Nur Assyakirin ,
                         Taman Indah Sandakan )

Semoga kejayaan mengiringi kita semua.

Salam Aidilfitri dari kejauhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Pelancaran Ihya Ramadhan Peringkat SMK Sandakan 1431H

Pelancaran Ihya Ramadhan 1431H telah disempurnakan oleh Pn.Hjh. Rodiah bt. Hj.Ahmad Untong selaku Pengetua SMK Sandakan pada 10 Ogos 2010 jam 4.30 petang di Dewan Terbuka SMK Sandakan

Selamat Menempuh Peperiksaan Penggal 1 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru 1 Malaysia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Belajar Mengajar atau ?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Antara Solat dan Aurat

Assalamualaikum, selawat keatas nabi Muhammad saw dan seluruh ahlul baitnya

http://www.muslimdaily.net/berita/baby1.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiR6yCWHn1TRhk21q9sTreNgahlAI1L0jqT7vn6SIo9tLiJxu_pq2tQjZUurhJMkEpj6vBIoOONv07YMRBX5JdQzWJDdkIqlMliO0EiOjxUKuCk-7JqlFOy91th2EZDBZwpdWDd_KlLWYOV/s400/solat_2.jpg

Solat merupakan rukun Islam kedua dan merupakan amalan yang paling utama dan paling dicintai oleh Allah Ta’ala. Ar-Rasul -alaihishshalatu wassalam- menjadikannya sebagai penjaga darah dan harta, sehingga apabila seseorang meninggalkannya maka darah dan hartanya akan terancam. Kerana sangat pentingnya solat ini,kita melihat begitu ramai masyarakat yang memberi perhatian yang amat serius dalam mendalami ilmu - ilmunya. Di masjid, surau maupun di radio, sekiranya ada soal jawab berkenaannya amat ramailah yang mengambil bahagian, bukan sekadar orang muda malahan golongan dewasa ataupun tua masih lagi bersoal jawab.

Senario ini memberi makna bahawa penjagaan solat amat dititikberatkan oleh masyarakat islam yang beriman. Atas alasan apakah solat diberi perhatian dan penelitian? Tentulah kerana masyarakat islam beriman pada Al Quran, kerana Arahan Allah tentang solat ini disampaikan oleh Al Quran yang diterjemahkan oleh nabi Muhammad saw.

Yang menjadi aneh kenapa ayat - ayat Al quran berkenaan aurat dan perhiasan tidak diberi perhatian dan penelitian seperti arahan solat khususnya kaum wanita. Contoh seperti ayat (i) Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri - isterimu dan isteri - isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."....(QS. Al Ahzab : 59) (ii) “dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka…” (QS. an-Nur : 31).Saya tidak bermaksud untuk menterjemahkan ayat ini, tetapi ingin mengajak terutamanya diri saya sejauh mana kita patuh dan beriman dengan ayat - ayat ini.

Adakah kita taat dan patuh pada ayat ini, sepertimana kita patuh pada ayat - ayat solat. Terkadang kita melihat muslimat yang tidak menutup aurat lantas mengenakan telukung lalu bersolat. Ibu - ibu yang melabuhkan jilbabnya terkadang memperlihatkan perhiasannya. Inilah persoalan yang agak serius melanda umat islam masa kini yang tidak beriman pada Al Quran seluruhnya.

Marilah kita teguhkan iman kita dengan memberi perhatian khusus dan serius berkenaan aurat dan perhiasan seperti mana kita memberatkan bab solat.

Kredit to Norani bt. Talib

Wakil SMK Sandakan ke Peringkat Negeri MTQ 2010

Wakil SMK Sandakan,Saudari Siti Rohaya bt. Hussin,akan mewakil Bahagian Sandakan ke Pertandingan MTQ 2010 Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada 8 Mei 2010 di Inanam,Sabah.Siti Rohaya telah muncul sebagai pemenang dalam acara Tilawah Perempuan pada Pertandingan MTQ Peringkat Zon Timur yang diadakan pada 26 April 2010 di Kinabatangan tempohari.Semoga kejayaan sentiasa mengiringi Siti Rohaya dan SMK Sandakan.Syabas dan Tahniah

Majlis Tadarus Al-Quran Zon Timur

Seorang pelajar SMK Sandakan iaitu saudari Siti Rohaya bt. Husin akan mewakili Daerah Sandakan dalam acara Tilawah al-Quran (Perempuan) ke Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Zon Timur pada 26 April 2010 di Daerah Kinabatangan.Zon Timur melibatkan daerah Sandakan,Telupid,Beluran dan Kinabatangan.Semoga kejayaan mengiringi anda.

Carta Organisasi Panitia Pend.Islam 2010

Penaung   : Pn. Hajah Rodiah bt. Hj.Ahmad Untong ( Pengetua )

Penasihat : En. Hafil bin Hashim ( Penolong Kanan Pentadbiran )
  
Ketua Bidang Kemanusiaan : Pn. Lindahwati bt. Adiman

Ketua Panitia :  Abd Rasyid bin Salleh

Setiausaha : Cik Khairul Nisah bt. Abu

Bendahari : Ustzh. Fauziah bt. Abdul Wahab

PERPIS : Ustzh. Fauziah bt. Abdul Wahab

Penyelaras Ting 1 : Cik Khairul Nisah bt. Abu

Penyelaras Ting 2 : Abd Rasyid bin Salleh

Penyelaras PMR :  Ustzh. Fauziah bt. Abdul Wahab

Penyelaras Ting 4 : Ust. Azmi bin Abdul Rahman

Penyelaras SPM :  Ustzh Azialawani bt. Zawawi

Bank Soalan PMR : Ustzh. Fauziah bt. Abdul Wahab

Bank Soalan SPM : Ustzh Azialawani bt. Zawawi

Salam Maulidur Rasul 1431H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Retorika Maulidur... Yang Makin Jauh dari Rasul S.A.W.

BULETIN الحضارة~*BIL: 94/Rabiul Awwal 1431

AL – HADHARAH

`Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar` Al-Fath 29.

Selawat dan salam kepada Rasul junjungan, Muhammad saw, kaum keluarga serta para sahabat yang bersama-samanya memperjuangkan fikrah kebenaran. Setelah sekian lama terpaksa `berperang` dengan diri, keluarga, kerjaya, dan berbagai-bagai tanggungjawab lain akhirnya… dapat juga kita bertemu semula dalam membicarakan perihal kehidupan ummat Islam di mana-mana pun jua. Apabila telah lama tidak duduk mengadap di depan komputer, menulis.. fikiran jadi payah untuk membuat tumpuan tentang apa yang mahu diketengahkan. Selama tiga, empat minggu ini… tidak banyak perkembangan yang saya mampu ikuti kecuali banyak masa terpaksa `bergelut` dengan kerjaya sendiri sahaja.. ‘Ala.. kullihal..! Riuh rendah orang ramai menarik perhatian saya, terutamanya ummat Islam bersiap sedia untuk menyambut `Maulidur Rasul saw`.

Pantas! Semua orang menjadi teruja..tertarik..terpanggil untuk memberi `kredit` dengan sambutan pelbagai cara terhadap tokoh agung manusia istimewa tersebut (Muhammad saw). 12 Rabiul Awwal tarikh yang `diboldkan` dalam semua kalendar sebagai hari kelepasan atau hari cuti umum. Sebagai ummat Islam semestinyalah kita sentiasa mengingat, mencontohi, meneladani malah merindui akan semua perkara yang berkaitan dengan tokoh ummat itu. Dalam hal ini penulis juga tidak pernah menentang perarakan maulidur Rasul atau acara sambutan yang munasabah anjuran pihak kerajaan maupun bukan kerajaan walaupun sambutan ini tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah saw.

Tetapi cukupkah dengan hanya perarakan maulidur Rasul atau sambutan acara, menunjukkan bahawa kita bersungguh untuk mendukung hasrat dan cita-cita Rasul saw serta ummat Islam? Adakah dengan hanya mengadakan perarakan dan pelbagai acara sambutan setiap tahun.. cukup untuk membuktikan bahawa kita sayangkan Rasulullah dan ajaran yang ditinggalkannya? Ataupun kita hanya sekadar beretorika dan mengambil kesempatan di atas sentimen ummat yang kasihkan Rasul serta Nabi junjungan mereka. Kita pun mengambil kesempatan berpolitik untuk mengaburi pandangan ummat Islam bahawa kita bersama-sama memperjuangkan aspirasi ummah dengan menyanjungi Nabi mereka.

Jika beginilah sikap sebenar mereka yang menyambut maulidur Rasul itu, samalah kedudukan mereka dengan Abu Lahab yang begitu gembira semasa mendapat tahu kelahiran Muhammad saw bahawa beliau mendapat seorang putera saudara lelaki. Begitu gembira beliau sehingga membebaskan hamba dan menyembelih unta. Sebaliknya Abu Lahab tidak pula mahu beriman dan mengakui kerasulan Muhammad saw sehingga akhir hayatnya. Begitu juga dengan Abu Talib hanya berbangga dengan Nabi saw sebagai seorang keturunannya iaitu suku Quraisy, bani Hasyim. Beliau sanggup berkorban dan menghadapi kesusahan bersama-sama Nabi semasa pihak musyriken Mekah memulaukan ummat Islam selama 3 tahun lebih. Beliau kasih dan sanggup mempertahankan batang tubuh Nabi saw tetapi tetap tidak mahu beriman dengan risalah Islam serta ajarannya. Ternyata komitmen mereka terhadap maulid dan keturunan tidak bermakna di sisi ajaran Islam.

Ajaran Islam mengajar dan menunjukkan contoh kepada kita bahawa cara seseorang sepatutnya `menyambut` maulidur Rasul ialah dengan menyambut, menerimapakai, mengiya, mempraktik, melaksanakan dan mencontohi segala ajarannya dalam kehidupan kita sebagai seorang yang beriman kepada Rasul saw. Sebab kemuliaan Rasul ialah kemuliaan risalah ajarannya, sebab kemulian risalah ajarannya pula ialah kerana datang dari Pencipta Yang Maha Mulia, Allah swt. Begitu juga bagi ummat manusia di zaman mana pun jika hanya menerima `kewujudan` manusia istimewa itu sahaja sebagai tokoh sekian… dan sekian… serta sekian.. tanpa menerima risalah ajarannya (al-Islam) jadilah mereka sia-sia di dunia dan di akhirat sama dengan golongan dengan Abu Lahab dan Abu Talib serta kuncu-kuncu mereka.

Saya tertarik dengan maksud ayat al-Quran di atas`Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Seterusnya lagi Allah swt menjelaskan lebih lanjut akan sifat-sifat golongan yang bersama-sama Rasul saw di sepanjang zaman… Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud, …..…… iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir.

Saya suka mengajak para pembaca terutamanya ahli-ahli gerakan Islam melihat atau mengkaji maksud `seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya` kerana bagi saya tanaman yang mengeluarkan tunas ialah tanaman yang `hidup subur`(membina Hadharah) dan insyaAllah akan mengeluarkan hasil yang baik bagi kegunaan ummah semasa. Yang terlebih penting lagi bagi saya ialah akan dapat menjadi benih baru yang baik pula untuk meneruskan tugasnya membina Hadharah Islamiyyah bersambung… dan bersambung… sehinggalah ketentuan Allah swt berlaku kepada semua hamba-hambaNya.

Sebab itu bagi pandangan saya, gerakan Islam yang tidak membina hadharah Islamiyyah ialah gerakan Islam yang gagal. Lebih malang lagi jika mereka yang mendakwa sebagai gerakan Islam itu, tetapi membina hadharah jahiliyyah supaya ianya subur, berkembang.

Begitulah pelbagai suasana yang bersimpang siur terhidang atau terhampar di hadapan ummah semua untuk kita sendiri sebagai ummat Islam melihat, menilai dan seterusnya memilih untuk bersama-sama mereka yang tetap membawa risalah kebenaran bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang subur bertapak di bumi menunjangi kehidupan ummah.

Sebagai mengakhiri buletin kali ini, saya petik kata-kata Ibrahim Bin Adham sebagai renungan kita bersama;

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cintakan kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya (kesudahan).
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya.


Sekian wallahu`alam, dari Ibnu Ramadhan.

``qulil haq walau kana murron``

-katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit-

Minggu Pendidikan Islam 2010

Tarikh : 8 Februari - 12 Februari 2010

Acara yang dipertandingkan :

1. Tilawah Al-Quran : Pengelola : Ustzh.Azialawani bt. Zawawi
    Tarikh : 9 Februari 2010   Jam 11.00 pagi
    Tempat : Surau Ibnu Abbas

2. Hafazan Al-Quran : Pengelola : Ustzh.Fauziah bt.Abdul Wahab
    Tarikh : 10 Februari 2010   Jam 11.00 pagi
    Tempat : Pusat Sumber
3. Kuiz Agama : Pengelola : Ust. Abd Rasyid bin Salleh
    Tarikh : 10 Februari      Jam : 10.30 pagi
    Tempat : Bilik Gerakan

4. Syarahan Agama  : Pengelola : Ustzh.Roseidah  bt.Yahya
    Tarikh : 9 Februari 2010   Jam : 11.00 pagi
    Tempat : Surau Ibnu Abbas
      5. Menulis Khat  : Pengelola : Ustzh.Fauziah bt. Abdul Wahab
          Tarikh : 11 Februari 2010   Jam : 11.00 pagi
          Tempat : Pusat Sumber

      6. Perujian Membaca Khutbah Jumaat : Pengelola : Ust.Azmi 
         Tarikh : 11 Februari 2010    Jam : 6.50 petang
         Tempat : Surau Ibnu Abbas

JANGAN LEPASKAN PELUANG DAFTARLAH SEKARANG!!
Sila berhubung dengan guru yang mengelolakan acara tersebut untuk keterangan lanjut.

Majlis Solat Hajat dan Akujanji Pelajar SPM/STPM 2010

Tarikh : 6 Februari 2010 ( Sabtu )
Masa  : 7.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Sandakan
Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas
Peralatan yang perlu dibawa : Surah Yasiin dan kelengkapan sembahyang